AdSense

Wednesday, March 14, 2018

Seragam. Dulu RM40 sekarang semua RM3 je!


Itulah keputusan yang dibuat kerajaan berhubung kadar fi tukar hak milik motosikal.


Sedia maklum kalau dulu, kadar berkenaan di Sarawak adalah sebanyak RM5 manakala Sabah RM40.

Namun berkuatkuasa 1 April 2018 nanti, kadar fi tersebut akan diseragamkan dengan semenanjung iaitu hanya RM3.

Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan sasaran.

Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi bagi mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya kumpulan B40.

Oleh itu kata Liow yang juga Presiden MCA, kerajaan telah bersetuju supaya kadar fi tukar hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3 berkuat kuasa mulai 1 April 2018.

Penyeragaman kadar fi ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan.

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan?

1 comment:

  1. Betul la tu, nikmat apa lagi yg hendak didustakan?

    ReplyDelete