AdSense

Wednesday, March 7, 2018

Terowong laut Penang : Guan Eng corner baring


Gila apa satu projek mega bernilai lebih RM6bilion di Pulau Pinang tiada kaitan dengan pemimpin parti DAP sedangkan mereka adalah pemerintah di negeri tersebut!


Biasalah... dah tahu sangat cara pemimpin DAP ini. Sejak dahulu lagi mereka suka menyalahkan orang lain. Senang cara mereka cuci tangan bukan?

Nampaknya kali ini pemimpin DAP sudah stuck ke dinding. Lim Guan Eng khususnya tidak lagi boleh menuding jari kepada pihak lain berhubung skandal projek pintasan 3 lebuhraya dan terowong dasar laut.

Terbaru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu kona baring apabila dilihat seperti mengalih isu.

Timbalan Presiden MCA yang bertubi-tubi menyerang kredibiliti dan cara tadbir DAP Pulau Pinang dituduh pula cuba menjatuhkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus.

Guan Eng fikir dia sudah bijak dan boleh memperdayakan rakyat. Tanggapan itu meleset sama sekali.


Guan Eng sekali lagi mengitar semula isu apabila mengaitkan Wee Ka Siong yang kononnya cuba menjatuhkan Farizan dengan menuduh pemilihan syarikat yang dilantik dalam projek tersebut tidak adil dan tidak mematuhi syarat kelayakan modal berbayar sebanyak RM381 juta.

Dalam masa sama Guan Eng seolah-olah mahu menggambarkan bahawa tiada ahli dalam kalangan parti DAP yang terlibat dalam menentukan kontraktor projek tersebut.

Gila apa projek mega tu... RM6bilion bukan RM6!

"Kenyataan dan persoalan saya adalah secara terus menerus kepada Guan Eng sendiri dan tidak kepada setiausaha kerajaan negerinya. Tindakan Guan Eng yang berterusan menyatakan saya cuba menjatuhkan setiausaha kerajaan negeri adalah merupakan satu pembohongan,” tegas Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Guan Eng nampak sangat berpeluh dalam isu ini. Beliau pasti sudah membayangkan apa hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau penyelewengan kuasa.

Hilang sudah kepercayaan rakyat khususnya orang Pulau Pinang terhadap Guan Eng yang memimpin negeri kononnya sebuah kerajaan yang cekap, akauntabiliti dan telus.

Apa yang pasti, Rafizi, Mat Sabu waima Mahathir sendiri terpaksa menutup mulut daripada bercakap tentang intergriti ketua mereka yang sudahpun trending dalam dan luarnegara.

#StrongerTogether #BetterNation #AntiRasuah

SUARA LENSA
7 Mac 2018

No comments:

Post a Comment